Facebook Like

Harap korang dapat "LIKE" fanpage Shanaz Beauty. LIKE korang saya ucapkan ribuan terima kasih.

Hiburan

TERMA DAN SYARAT

TERMA DAN SYARAT

Terms & Conditions


1. JUALAN

1.1. Barangan yang telah dibeli tidak boleh ditukar/dipulangkan*(size/warna/dll). Tiada pulangan wang akan dikembalikan

1.2. Invois pesanan yang diterima oleh pelanggan hanya sah untuk 48 jam dari tarikh invois diterima termasuk Sabtu & Ahad.

1.3. Semua pelanggan yang menggunakan sistem pembelian dalam talian ini bersetuju dengan segala terma dan syarat, polisi dan prosedur termaktub didalam laman ini dengan rujukan.

1.4. Semua proses transaksi pembelian dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja.

1.5. Pembelian akan diproses 1 hari (pembelian runcit ) dan 1-3 hari (pembelian borong) selepas transaksi pembayaran diterima.

1.6. Kami berhak utuk membatalkan sebarang pembelian dalam mana-mana keadaan semasa yang melibatkan ketiadaan produk berkenaan.

1.7. Tiada perubahan atau pembatalan keatas pembelian dari pelangan.

1.8 Pihak SHANAZ BEAUTY tidak akan membayar sebarang ganti rugi yang disebabkan oleh  kecuaian PELANGGAN.

2.  TEMPAHAN DAN PEMBAYARAN

2.1. Pesanan akan terbatal sekiranya tiada pembayaran diterima selepas 48 jam dari tarikh invois pesanan dikeluarkankan. 

2.2. Pembayaran hendaklah dibuat pada akaun Maybank/ CIMB  seperti yang telah diberikan

2.3. Bukti pembayaran hendaklah dihantar melaui  email shanazbeautyshoppe@gmail.com atau whatsapp ke 013-7066253

Anda hendaklan menyatakan dengan JELAS butiran berikut dan memberikan bukti slip:
Order no : 
Nama: 
No tel : 
Butiran Bayaran : Nama Bank / Jumlah Bayaran/ Masa / Tarikh

Ini penting bagi kami untuk proses semakan secara individu. 

2.4. Lampiran bukti pembayaran adalah wajib. Tanpa bukti pembayaran, pihak kami tidak akan memproses pesanan anda.

2.5. Pelanggan hendaklah menyimpan resit bayaran sehingga tempahan selamat diterima.

2.6. Pastikan alamat yang diberikan adalah BETUL dan TEPAT (beserta POSKOD). SHANAZ BEAUTY tidak akan bertanggungjawab keatas kesilapan yang dibuat oleh pelanggan.

2.7 Semua tempahan hendaklah dihantar sebelum jam 11 malam untuk pos keesokannya.


3. PENGHANTARAN

3.1. Penghantaran menggunakan Poslaju pada setiap hari kecuali SABTU, AHAD, Cuti UMUM bagi pembelian secara runcit dan borong.

3.2. Caj minimum bermula dari RM8 semenanjung / RM 12 Sabah Sarawak

3.3. Setiap tempahan yang telah diproses akan diberi no traking selewat-lewatnya pukul 9 malam .  Pelanggan boleh menyemak tracking no tersebut di sistem kurier yang dinyatakan. Pihak Shanaz Beauty berhak melakukan penghantaran lebih awal daripada tarikh yang diberikan bergantung kepada masa dan keadaan.

3.4. Pihak SHANAZ BEAUTY tidak akan membayar sebarang ganti rugi yang disebabkan oleh kelewatan/ kecuaian pihak POSLAJU.

3.5 Pihak SHANAZ BEAUTY berhak menukar mana-mana syarikat kurier yang bersesuaian sekiranya tiada servis kurier yang dipilih bagi kawasan pelanggan.

3.6 Semua pembelian hanya menggunakan khidmat POSLAJU dan COURIER sahaja. Tiada sistem Walk In disediakan.
4. SEKURITI, KERAHSIAAN DAN SULIT

4.1. Semua pelanggan yang menggunakan sistem pembelian dalam talian ini bersetuju dengan segala terma dan syarat, polisi dan prosedur termaktub didalam laman ini dengan rujukan diatas.

4.2. Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda mengakui / menjamin bahawa (a) semua maklumat pendaftaran yang anda kemukakan itu tepat dan boleh dipercayai. (b) anda akan mengekalkan/mengemaskini maklumat dengan tepat (termasuk alamat e-mail), 

4.3. Apabila anda mendaftar sebagai ahli, anda juga akan diminta untuk memilih kata laluan, Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengekalkan kerahsiaan maklumat tersebut. Anda bersetuju untuk tidak mendedahkan maklumat akaun antaranya seperti kata nama dan kata laluan kepada ahli lain atau pihak ketiga. Anda bersetuju untuk memaklumkan kepada pihak SHANAZ BEAUTY dengan segera jika anda mengesyaki pengunaan akaun anda tanpa kebenaran keatas kata nama dan kata laluan anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untk sebarang penggunaan keatas akaun anda.

4.4. SHANAZ BEAUTY berhak menamatkan keahlian atau menyekat akses anda sekiranya mendapati terdapat perlanggaran kepada syarat-syarat dan terma tanpa apa-apa notis terlebih dahulu .

4.5. SHANAZ BEAUTY berhak untuk membuat perubahan kepada terma-terma dan syarat-syarat, polisi dan prosedur tanpa sebarang notis, Pengubahsuaian tersebut hendaklah berkuat kuasa apabila disiarkan melalui Laman Web.

No comments:

Post a Comment